Tidak Sah solat dengan hanya melintaskan rukun-rukun Qauli pada hati dan ingatan. Hal ini karena Nabi SAW mengarahkan kita membaca bukan melintaskan ayat-ayat al-Quran di dalam solat, sesuai dengan sabdanya :
لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya: “Tiada solat bagi mereka yang tidak MEMBACA al-Fatihah.” (al-Bukhari dan Muslim)
Namun para ulama berbeda pandangan apakah bacaan harus didengarkan atau cukup sekedar menggerakkan lisan. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:
واشترط الحنفية والشافعية والحنابلة لاعتبار القراءة أن يسمع القارئ نفسه، فلا تكفي حركة اللسان من غير إسماع؛ لأن مجرد حركة اللسان لا يسمى قراءة بلا صوت؛ لأن الكلام اسم لمسموع مفهوم، وهذا اختيار الهندواني والفضلي من الحنفية ورجحه المشايخ. واختار الكرخي عدم اعتبار السماع؛ لأن القراءة فعل اللسان وذلك بإقامة الحروف دون الصماخ؛ لأن السماع فعل السامع لا القارئ، وهو اختيار الشيخ تقي الدين من الحنابلة أيضا. ولم يشترط المالكية أن يسمع نفسه وتكفي عندهم حركة اللسان، أما إجراؤها على القلب دون تحريك اللسان فلا يكفي، لكن نصوا على أن إسماع نفسه أولى مراعاة لمذهب الجمهور.
“Ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali mensyaratkan sesuatu itu dinamakan bacaan ialah dengan orang yang membaca menjadikan ia mendengar bacaan yang dibacanya, tidak memadai sekadar menggerakkan lisan tanpa mendengar. sekadar menggerakkan lisan tidak dinamakan membaca kerana tanpa suara. Ini kerana al-Kalam ialah kata nama untuk yang didengari lagi difahami. Inilah yang dipilih oleh al-Hinduwaniy (الهندواني) al-Fadhliy (الفضلي) dari mazhab Hanafi dan ditarjihkan oleh al-Masyayikh (المشايخ). Manakala al-Karkhi (الكرخي) tidak mengambil kira mendengar, ini kerana bacaan adalah perbuatan lisan, ia terlaksana dengan menyempurnakan sebutan huruf tanpa perlu didengari, ini kerana mendengar adalah kerja yang mendengar bukan kerja yang membaca. Pandangan ini juga dipilih oleh al-Syeikh Taqiyuddin dari mazhab Hambali. Mazhab Maliki pula tidak mensyaratkan didengari bacaan itu oleh yang membaca, di sisi mereka memadai dengan pergerakan lidah. Adapun melintaskan bacaan pada jantung hati tanpa pergerakan lidah adalah tidak memadai, namun mereka menyatakan perbuatan menjadikan diri sendiri mendengar bacaan yang dibaca adalah lebih utama sebagai meraikan pandangan mazhab jumhur (kebanyakan ulama)”
HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."
Juga kaedah usyul feqh:" Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."
Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli spt menyebut Takbir Iftitah,"Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yg lain.
Dalil yg digunakan ialah hadis-hadis dan athar yg dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yg dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yg diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.
Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahwa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.
Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yg diwartakan sesat).

Hadits Mengenai Rukun Qauli Dalam Shalat
Makasih Gan, jadi lebih tau Rukun Qauli nih
ReplyDeletesama sama teman ku, semoga bisa mendapat manfaat nya
Deletesangat bermanfaat gan Hadits Rukun Qaul
ReplyDeletealhamdulillah..
DeleteSubhanallah'..artikel dunia akhirat.
ReplyDeleteAlhamdulillah mbak, semoga dapat membantu
DeleteSangat bermanfaat nih artikel
ReplyDeleteAlhamdulillah artikel nya bisa bermanfaat untuk banyak orang
DeleteBermanfaat banget nih artikelnya gan :D
ReplyDeleteJadi lebih tau nih tentang hadits hadits Islam :D Thanks mas membantu banget nih
alhamdulillah mas kalo terbantu..
Deletewah jadi makin tau nih
ReplyDeletealhamdulillah mas..
DeleteJadi lebih tau nih buka blog hadits ini..
ReplyDeletesubhanallah sngat bermanfaat sekali artikelnya dan terima kasih sudah berbagi
ReplyDelete